AZAN MAGHRIB SELAMATKAN MURID TERPERANGKAP DALAM BAS

oleh Firdaus Razani|
Tindakan seorang lelaki yang mahu mendengar azan Maghrib di luar rumah telah menyelamatkan murid perempuan yang terperangkap di dalam bas sekolah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Syafiee berkata, jeritan sayup yang semakin kuat didengar menarik perhatiannya ke arah sebuah bas yang diletakkan berhampiran kediamannya.

 

 

Menurut beliau, ketika kejadian, beliau sedang beristirehat di halaman rumah sambil menunggu azan Maghrib, kemudian mendengar jeritan tangis kanak-kanak.

Apabila diperiksa, beliau dapati seorang kanak-kanak telah terperangkap dalam bas sekolah yang terletak dihadapan rumahnya.

Beliau turut memberitahu bahawa murid perempuan tersebut telah tertidur dalam bas sekolah itu kerana kepenatan, dan pemandu bas itu tidak menyedari perkara itu.

“Cuma peringatan dan pengajaran untuk pemandu bas atau van sekolah, sebelum ‘off service’ periksa dahulu tempat duduk belakang, pastikan tiada murid,” menurutnya.

Ahmad Syafiee berkata, murid perempuan itu diselamatkan melalui tingkap belakang bas berkenaan sebelum dibawa pulang ke rumahnya untuk berbuka puasa.

Beliau terus menghubungi nombor telefon penjaga murid perempuan tersebut yang terdapat pada tanda nama murid itu.

“Tengok dekat name tag (tanda nama) ada nombor telefon penjaga. Dapat hubungi ibunya, terus dengar tangisan kerisauan seorang ibu (kerana) anaknya belum pulang.” katanya.

Beliau turut memberi makan kepada murid tersebut ketika waktu berbuka puasa sementara menunggu ibu murid tersebut datang mengambilnya.

 

SUMBER : SinarHarian , FB Ahmad Syafiee

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, Lemon Law bukan suatu akta baharu dan telah…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata,…