Bas bawa 44 pelajar terbakar akibat percikan api dari tayar meletup

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Sinar Harian
Sebuah bas membawa 44 pelajar kolej matrikulasi terbakar di Kilometer 35 Jalan Raya Timur Barat dekat Hentian Titiwangsa di Gerik, pada Sabtu.


Kejadian sekitar jam 2 petang itu dipercayai berlaku apabila satu tayar belakang bas berkenaan meletup dan mengakibatkan kebakaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketika kejadian, semua pelajar Kolej Matrikulasi Kedah itu dalam perjalanan balik dari Kelantan ke Changlun bersama dua lagi bas ekspres lain secara konvoi.

 

Difahamkan, kebakaran itu berlaku daripada percikan api yang terhasil daripada tayar bas yang meletup sewaktu dalam perjalanan.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

 

Menurutnya, pemandu dan penumpang terlibat berjaya menyelamatkan diri dengan segera keluar dari kenderaan terbabit sejurus menyedari kebakaran berlaku.

 

"Kebakaran telah memusnahkan 85 peratus bahagian bas tersebut. Seramai lapan anggota terlibat melakukan pemadaman selama 57 minit sehingga selesai sepenuhnya," katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

 

Beliau berkata, kerja-kerja 'overhaul' turut dijalankan di tempat kejadian bagi memastikan tiada lagi unsur yang boleh mengakibatkan kebakaran berulang.

 

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.48 petang," katanya.

 

Sinar Harian dimaklumkan, penumpang yang terbabit akan meneruskan perjalanan ke Kedah menaiki sebuah bas bantuan yang dihantar pihak syarikat bas terbabit.

 

 

Sinar Harian

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian disedari kapten bas yang melihat asap dari bahagian belakang bas sebelum memberhentikan…
Berita Domestik
  Katanya, insiden tersebut berlaku ketika bas berkenaan ingin mengambil penumpang di Stesen LRT…