Bas autonomi di Singapura - pakar beri pendapat

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Singapura telah mengumumkan bahawa ia akan membenarkan syarikat-syarikat swasta untuk menggunakan kawasan barat Singapura bagi ujian kenderaan autonomi (pandu sendiri).

Menurut Janil Puthucheary, Menteri Utama Pengangkutan, kawasan-kawasan terlibat ialah Bukit Timah, Clementi dan Jurong.

Ia akan berkembang ke 1,000 km jalan awam menjelang beberapa tahun akan datang.

Keputusan itu mendapat komen positif dari Dr Ayanna Howard, pakar robotik global yang melawat ke negara itu.

Menurut beliau, selama ini data-data ujian kenderaan autonomi kebanyakannya dilakukan di US.

"Data dari ujian di Singapura akan memberikan keputusan berlainan kerana cara pemanduan yang berbeza," terangnya.

Namun begitu, Howard juga menimbulkan beberapa persoalan yang penting untuk negara-negara membangun.

Antaranya ialah apa akan terjadi kepada pemandu teksi dan bas jika kenderaan pengangkutan awam seperti bas dan teksi tidak lagi memerlukan pemandu.

Satu lagi persoalan ialah bagaimana sistem komputer AI membuat keputusan berdasarkan budaya di negara-negara yang berbeza.

Pada pendapat Careta, kerajaan perlu lebih pro aktif untuk menghasilkan jaringan undang-undang dan garis panduan yang memberikan hala tuju kepada syarikat-syarikat untuk menghasilkan produk-produk tersebut di Malaysia.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beberapa perubahan telah dilakukan seraya dengan penyambungan projek ini. Sistem RTS Link ialah…
Informasi
  "Berdasarkan kepada perjanjian Singapura-Malaysia, nisbah (kos) ialah 61:39, lebih kurang…
Berita Global
Menerusi kerjasama jalinan Polis Kontinjen Johor dan Biro Anti Narkotik (CNB) Singapura, semua…