Menerusi insiatif ini, pemilik boleh mendapatkan baucar diskaun sehingga RM1,000, serta tawaran diskaun sebanyak 25 peratus bagi kerja-kerja pembaikan.

Tuntutan ini hanya tertakluk kepada pembaikan kerosakan motosikal persendirian akibat bencana banjir.
Baucar diskaun itu juga boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan atau sebahagian bayaran untuk gantian motosikal baharu sekiranya motosikal tersebut mengalami kerugian secara keseluruhan akibat banjir.

Semua tuntutan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan, dan tarikh akhir tuntutan Baucar Diskaun Automotif adalah pada 31 Mac 2022.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi talian khidmat pelanggan Hong Leong Yamaha Motor di 03-6157 7011 atau https://www.yamaha-motor.com.my/feedback/