Antara inisiatif yang ditawarkan termasuklah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai sehingga RM1,000 kepada warganegara yang layak untuk tujuan baik pulih kenderaan yang rosak.
Antara syarikat motosikal yang terlibat dalam program tersebut adalah:
- Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd
- Boon Siew Honda Sdn Bhd
- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS)
- Mofaz Motorsikal Sdn Bhd
- KMSB Motors Sdn Bhd (Suzuki)
Tarikh akhir tuntuan Baucar Diskaun adalah sehingga 31 Mac 2022, dan para pemilik kenderaan (terutama motosikal) dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah yang berdaftar.