Banjir: HINO Malaysia tawar rebat 50 peratus untuk alat ganti terpilih, pemeriksaan percuma

oleh Mohamad Hanif|
HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) menawarkan bantuan kepada semua pelanggan HINO yang terjejas akibat bencana banjir kilat yang melanda baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boleh didapati di seluruh negara, bantuan tersebut merangkumi pemeriksaan percuma, diskaun sehingga 50 peratus ke atas alat ganti terpilih, diskaun 20 peratus kos buruh, serta rebat kos tunda kenderaan sehingga RM500, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sekiranya perlu, pasukan juruteknik HINO akan turun padang sendiri untuk memberikan khidmat kepada pelanggan yang memerlukan.

Tawaran ini sah bermula 21 Disember 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pusat servis sah HINO yang berdekatan atau dengan menghubungi 03-7957 5199.

Menurut Atsushi Uchiyama, Pengarah Urusan HMSM berkata, "Trak dan bas merupakan infrastruktur penting bagi membawa barangan dan orang ramai, oleh sebab itu kami melihat operasi pelanggan kami bukan sahaja penting buat kami, malah untuk masyarakat juga.

"Pihak HMSM akan memberikan sokongan yang terbaik menerusi cara yang lebih berkesan dan dipercayai. Ia juga merupakan komitmen kami dalam membantu meringankan beban para pelanggan ketika bencana melanda, dengan mendengar dan memahami keperluan mereka, selain memberikan respon dengan segera," ujarnya lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…