Awas Porsche Panamera! Giliran Merc-AMG GT mahu tawan gelaran terpantas di Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua tahun yang lalu, Mercedes-Benz telah berjaya mencatatkan rekod terpantas di Litar Nurburgring di dalam kelas sedan empat pintu dengan catatan masa 7 minit 30.109 saat di Nordschleife.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya baru-baru ini, rekod tersebut telah berjaya dipadamkan oleh model facelift Porsche Panamera Turbo S dengan catatan masa yang tidak jauh beza - 7 minit 29.81 saat.

Pencapaian tersebut turut dihidu kembali oleh Mercedes-AMG dan dalam satu hantaran terbaharu di Facebook, Mercedes-AMG mengimbau kembali kenangan yang pernah dikecapi selain memberikan bayangan bakal kembali ke Neraka Hijau.

 


Persoalannya, model manakah yang patut digunakan oleh Mercedes-AMG?

Sebelum ini, mereka menggunakan khidmat Mercedes-AMG GT 63 S 4 Door Coupe yang didatangkan dengan nadi 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang mampu menjana 630 hp dan 900 Nm, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.2 saat.

Sebagai perbandingan, angka tersebut tidaklah begitu jauh berbeza berbanding spesifikasi Panamera Turbo S 2021 yang didatangkan dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar yang menghasilkan 620 hp dan 820 Nm seperti yang dilancarkan baru-baru ini.

Namun, terdapat kemungkinan Mercedes-AMG akan menggunakan model AMG bertaraf mercu (GT 73e) yang menampilkan enjin 4.0 liter V8 yang serupa, namun dengan bantuan motor elektrik.

Trenkuasa hibrid baharu ini dijangka mampu menghamburkan output setinggi 800 kuasa kuda dan jika benar, ia mampu memadamkan kembali rekod yang baharu sahaja dicatatkan oleh Porsche Panamera Turbo S.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…