Jadi, untuk golongan yang tidak memerlukan supercar, SUV seperti Audi RS Q8 talaan Wheelsandmore ini adalah jawapan yang sesuai.
Ini kerana, SUV berprestasi tinggi ini sebenarnya mampu menawarkan kuasa sehingga 996 kuasa kuda (1,010 PS) dan 1,250 Nm bergantung kepada modifikasi yang anda pilih (dan tahap kewangan anda).
Bermula dari modifikasi Stage 3 (berharga €12,521 atau RM60,533), anda boleh mendapatkan Audi RS Q8 dengan angka output 775 kuasa kuda dan 1,060 Nm, manakala modifikasi Stage 4 (€33,529 atau RM162,096) pula melonjakkan angka tersebut kepada 951 hp dan 1,250 Nm.
Modifikasi Stage 5 pula bernilai sehingga €41,933 (RM202,725) pula membolehkan anda menikmati kuasa sehingga 996 kuasa kuda dan daya kilas 1,250 Nm!
Bagi mereka yang rasa tidak memerlukan kuasa sebanyak itu, anda boleh mendapatkan modifikasi Stage 2 (715 hp/930 Nm) yang lebih rendah harganya €7,688 (RM37,167), dan modifikasi Stage 1 (700 hp/920 Nm) pada harga €2,100 (RM10,152).
Harus diingat, harga yang disebut di atas tidak termasuk dengan kos pemilikan sebuah unit Audi RS Q8 standard kilang ya!
Sebagai rujukan, Audi RS Q8 standard kilang didatangkan dengan enjin bentangan V8 bi-turbo 4.0 liter yang menjana 591 kuasa kuda dan 800 Nm, dengan sistem pacuan semua roda Quattro dan pecutan sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j.
Tidak dilupakan, anda boleh mendapatkan sistem LowMaXX yang mampu merendahkan ketinggian sistem suspensi udara asal kereta menerusi aplikasi peranti pintar pada harga €1,680 (RM8,121).
Akhir sekali, set rim yang tidak dinyatakan saiznya, namun dibaluti dengan tayar Vredestein bersaiz 295/30 di hadapan dan 355/25 untuk tayar belakang.