Audi percaya enjin pembakaran dalaman masih lagi mempunyai masa hadapan (terutama diesel!)

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Volvo, Audi merupakan salah sebuah pengeluar automotif premium yang masih lagi menaruh harapan terhadap teknologi konvensional enjin pembakaran dalaman, walaupun dalam masa yang sama memperkenalkan produk kenderaan elektrik menerusi jenama e-Tron.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap kepada Automotive News Europe, CEO dan bos R&D Audi Markus Duesmann menjelaskan, teknologi enjin pembakaran dalaman (ICE) masih lagi mempunyai masa hadapan yang cerah.

Malah, beliau menegaskan enjin diesel (yang pernah mendatangkan masalah kepada mereka suatu ketika dahulu) sebenarnya adalah jauh lebih efisien berbanding enjin-enjin lain, apatah lagi kebanyakan para pelanggan Audi 'masih lagi menggemari enjin diesel'.

 


Disebabkan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat, usaha untuk memastikan enjin diesel mematuhi regulasi tersebut menjadikannya 'semakin mahal', dan ia mengakibatkan enjin disel hilang daya tarikannya di sesetengah pasaran.

Duesmann masih lagi percaya 'kematian' teknologi ICE akan tertakluk kepada keputusan politik, dan ia tidak akan berlaku secara serentak di seluruh dunia.

Selain daripada mempromosikan kenderaan elektrik (EV), Audi juga merupakan salah satu daripada pengeluar premium yang masih lagi melabur di dalam kenderaan tenaga alternatif seperti gas asli termampat (CNG) dan sel bahan api hidrogen.

 


Namun, tidak dapat dinafikan, kereta elektrik merupakan masa hadapaan industri automotif dan model terbaharu yang bakal hadir dari jenama Empat Cincin tersebut adalah Audi e-Tron GT, sedan empat pintu berkuasa 590 hp dan mampu menawarkan jarak operasi sejauh 400 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…