Audi henti pembangunan enjin pembakaran dalaman generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Audi kini mempunyai barisan enjin pembakaran dalaman yang hebat-hebat belaka, seperti enjin V8 4.0 liter berkuasa 591 hp dan enjin V10 yang digunakan pada model R8, syarikat pengeluar automotif itu mengesahkan mereka kini tidak lagi membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh akhbar Automobilwoche, CEO Audi Marcus Duesmann memberitahu, "kami tidak lagi membangunkan enjin pembakaran dalaman generasi baharu, sebaliknya akan terus membangukan enjin sedia ada untuk memenuhi piawaian pelepasan emisi terbaharu.

Tambah beliau lagi, perancangan EU untuk memperkenalkan standard pelepasan emisi Euro 7 yang lebih ketat merupakan cabaran teknikal terbesar, dan dalam masa yang sama memberikan sedikit manfaat kepada persekitaran.

"Ini akan memberikan kesan yang lebih ketara kepada enjin pembakaran dalaman," ujar beliau.

Setakat ini tiada sebarang ketetapan bilakah enjin pembakaran dalaman akan dihentikan penawarannya, namun melihatkan kepada langkah Eropah untuk mula memperbanyakkan penjualan EV, Audi mungkin akan terus menawarkannya di pasaran yang masih lagi memerlukan khidmat enjin pembakaran dalaman.

Langkah yang sama turut diambil oleh Mercedes-Benz, di mana CEO-nya, Markus Schafer memberitahu mereka juga akan menghentikan pembangunan enjin pembakaran dalaman generasi baharu.

Sumber: Automobilwoche

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…