Audi A8 baharu menampilkan teknologi zaman akan datang

oleh ONNY IZWAN|

Suatu hari nanti, kereta tidak lagi memerlukan pemandu untuk bergerak atau untuk dikendali sepenuhnya. Sehingga hari itu tiba, kita boleh berterimakasih pada Audi kerana melengkapkan model limosin terbaharunya A8 dengan sistem pengendalian berautonomi tahap 3.

 

A8-2

 

Tahap 3 bermakna ia berupaya dipandu tanpa apa-apa interaksi dari pemandu manusia, dan juga berupaya melakukan langkah-langkah keselamatan secara autonomi. 

 

A8-3

A8-4

Model A8 baharu ini juga menggunakan sistem elektrik 48-volt yang membolehkan banyak teknologi-teknologi baharu disertakan, seperti sistem suspensi elektromekanikal sepenuh aktif yang belum pernah diperkenalkan sebelum ini.

A8-5

Sistem suspensi ini berbeza dengan sistem suspensi biasa dimana ia berupaya ‘membaca’ permukaan jalan (dengan menggunakan kamera yang terletak dimuncung kereta) dan berdaya mengubahsuai kadar serapan dan hentakan supaya keselesaan penumpang sentiasa berada pada tahap paling optima, tidak diganggu oleh permukaan yang tidak rata atau jalan berlubang. 

A8-6

Pada kelajuan sehingga 60km/j, ia mampu mengambilalih pengendalian kenderaan dari pemandu tanpa masalah. Ia juga boleh digerakkan ke tempat letak kereta dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh. 

A8-7

Rekabentuk A8 baharu ini juga amat bergaya moden. Ia mengikut ciri rekaan kereta konsep Audi iaitu Prologue Concept yang dipertunjukkan pada tahun 2014. Direka oleh Marc Lichte, A8 menampilkan gaya tersendiri yang sangat sofistikated. 

 

A8-8

 

Untuk pasaran Jerman, akan terdapat dua enjin V6 turbo, iaitu 3.0-liter TDI dan 3.0-liter TFSI. Ia akan disertai oleh enjin 4.0-liter TDI V8 dan 4.0-liter V8 nanti. Juga terdapat rancangan untuk memperkenalkan enjin 6.0-liter W12.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  China merupakan pasaran kereta terbesar dunia dengan jualan kereta penumpang mencecah 26.063…
Berita Global
  Enjin tiga silinder yang berkuasa 116 ps dan tork 220Nm ditawarkan di dalam varian A3 30 TFSI…
Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…