ASTON MARTIN VANTAGE GT3 - 310KG LEBIH RINGAN DARI VANTAGE VERSI JALANAN

oleh Firdaus Razani|
Seiring pelancaran Aston Martin Vantage 2025 generasi baharu, Aston Martin turut memperkenalkan Vantage versi yang lebih fokus pada kegunaan track dan perlumbaan, iaitu Aston Martin Vantage GT3.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aston Martin Vantage GT3 ini merupakan produk yang pertama dibawah kerjasama antara Aston Martin Racing dan juga Aston Martin Performance Technologies.

Secara ringkasnya berkenaan reka bentuk, Vantage GT3 merupakan Vantage biasa yang telah banyak diubah suai untuk bersaing dalam perlumbaan ketahanan.

 

gt3

 

Ia mempunyai roll cage yang dipasang pada casis aluminium, panel badan gentian karbon dan pelbagai perubahan lain untuk menjadikannya sesuai untuk kegunaan trek.

Tambahan itu, ia diberi talaan aerodinamik baharu dan suspension dibangunkan semula untuk memaksimumkan potensi prestasi di tangan kedua-dua kategori pemandu perlumbaan Profesional dan Amatur.

 

gt3

 

Semua kereta yang mengambil bahagian dalam perlumbaan kelas GT3 juga perlu mengikut syarat berat yang ditetapkan iaitu mesti mempunyai berat antara 1,200kg dan 1,300kg.

Untuk perbandingan, Vantage baharu mempunyai berat 1605kg, maka untuk mengikut syarat yang ditetapkan perlumbaan, Vantage GT3 akan 310kg lebih ringan dari versi biasa.

 

gt3

 

Selain itu, dari segi prestasi enjin, Vantage GT3 masih menggunakan enjin asas yang sama seperti versi Vantage biasa kerana perlu mengikut pada peraturan perlumbaan GT.

Vantage GT3 bakal meneruskan legasi Vantage GTE yang sangat berjaya, antara 2012 hingga 2023, ia berjaya mencatatkan 52 kemenangan dan 11 gelaran dunia.

 

gt3

 

Menjelang akhir musim 2024, Aston Martin menjangkakan untuk mempunyai 30 kereta berlumba di litar di seluruh dunia.

Untuk Vantage GT3 baharu ini, ia akan bertanding dalam beberapa siri GT terhebat dunia, ia adalah termasuk FIA World Endurance Championship, IMSA WeatherTech SportsCar Championship dan Fanatec GT World Challenge.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…