Aston Martin Rapide E - 601 hp/950 Nm, 0-100 km/j kurang 4 saat!

oleh Mohamad Hanif|

Aston Martin Rapide versi elektrik, Rapide E akhirnya membuat kemunculan rasmi pada acara Shanghai Auto Show minggu lalu. 

Kolaborasi antara Aston Martin dan Williams Advanced Engineering membawakan Rapide E dengan sebuah senibina platform elektrik berkuasa 800V dengan sebuah bateri 65 kWh di dalam casis gentian karbon dan Kevlar. 
 


Pek bateri yang terdiri daripada 5,600 unit sel silinder berformat 18650 ini boleh diakses pada ruang enjin yang sebelum ini didiami oleh enjin 6.0 liter V12. 

Motor elektrik berkembar yang digunakan pula mampu menghantar 601 kuasa kuda dan daya kilas 950 Nm kepada roda belakang, dengan kepantasan pecutan kurang empat saat dari 0-100 km/j.

Menurut Aston Martin, Rapide E mampu mencapai jarak operasi melebihi 320 km mengikut kitaran WLTP manakala sistem pengecasan pula mampu mencapai jarak 297 km untuk setiap jam dengan pengecas 400V 50 kW. 
 


Terima kasih kepada penggunaan pengecas AC berkuasa tinggi, Aston Martin Rapide E mampu dicas sehingga penuh selama tiga jam sahaja.

Dengan ciri pengecasan pantas, Rapide E didakwa mampu mencapai jarak operasi 498 km per jam!

Terdapat beberapa mod pemanduan disertakan bagi mengawal kuasa 600 ekor kuda iaitu GT, Sport, dan Sport+.
 


Secara standard, Rapide E didatangkan dengan ciri limited-slip differential, sistem suspensi yang ditala semula bagi memastikan pengendalian mampu mencapai apa yang ditawarkan oleh Rapide AMR. 

Bagi memastikan kuasa disalurkan dengan berkesan di atas jalan, tayar berprestasi tinggi Pirelli P-Zero digunakan di keempat-empat sudut. 

Namun begitu, Aston Martin hanya menghadkan pengeluaran Rapide E ini kepada 155 unit sahaja. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebelum ini Aston Martin diberitakan sedang membina 25 unit terhad model vintaj kegunaan ejen James…
Berita Global
Tuan asal kereta ini bukan calang-calang individu, ia dimiliki oleh Wensley Hayden-Baillie,…
Berita Global
Watak fiksyen James Bond bakal menggantikan peranan Aston Martin DB10, sebuah kereta yang dibna…