Aston Martin bakal hasilkan model edisi terhad JDT

oleh Mohamad Hanif|
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia mengumumkan kerjasama bersejarah yang akan mengukuhkan lagi jenama Harimau Selatan sebagai peneraju bola sepak di Asia Tenggara pada majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat JDT di Iskandar Puteri, petang tadi.

Kerjasama itu juga akan menyaksikan Aston Martin diberi hak untuk mengeluarkan rekaan edisi terhad bertema JDT untuk rangkaian kereta jenis Aston Martin yang akan dijual oleh kelab.

"JDT amat berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan Ibu Pejabat jenama tersebut yang berpusat di United Kingdom dan pejabat Asia.

"Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, tetapi juga membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun-tahun yang akan datang.

"JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten dan mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan," menurut kenyataan itu.

Dengan termeterai kerjasama itu, JDT membuktikan kredibiliti sebagai sebuah pasukan bertaraf kelab di Asia Tenggara yang berjaya memikat jenama antarabangsa antaranya Nike, Hublot, Subway, SWAG EV dan Unicef.

Kerjasama dengan jenama bertaraf antarabangsa itu menunjukkan peningkatan jenama kelab yang hebat dan kukuh sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa sejak JDT ditubuhkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas melakukan transformasi sejak 2013.

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Road and Track, boss AMG Philipp Scheimer menjelaskan pihak Mercedes tidak…
Model Terbaharu
Malah, Aston Martin menyifatkan Valkyrie Spider merupakan kereta open-top yang terpantas pernah…
Berita Global
Lebih separuh dari jumlah jualan kenderaan Aston Martin sebanyak 2,901 unit dari Januari ke Jun…