Aston Martin akan bina SUV, kereta sports elektrik mulai tahun 2025

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat jenama mewah Aston Martin diberitakan akan membangunkan sebuah SUV elektrik dan kereta sports elektrik di fasiliti produksi UK bermula tahun 2025.
Modenas

Menurut laporan daripada Financial Times, pengerusi Lawrence Stroll mengesahkan kedua-dua model itu akan dibina di Gaydon, England dan St Athan, Wales dengan menggunakan pek bateri dan motor elektrik yang disumberkan oleh Mercedes-Benz.

Namun, sebelum model elektrik sepenuh masa itu tiba, Aston Martin diberitakan akan melancarkan SUV DBX hibrid pada tahun ini, menampilkan nadi 4.0 liter V8 plug-in hybrid, di mana nadi yang sama juga akan turut membuat kemunculan pada model Mercedes-AMG GT Four Door dan sedan AMG S-Class.

Berbalik kepada model EV itu tadi, disebalik perkongsian mekanikal dengan Mercedes-Benz, Stroll memberitahu bahawa model EV Aston Martin akan mempunyai bentuk badan yang lebih cantik, dibantu dengan sistem suspensi, dinamik dan rekaan dalaman bespoke.

Sumber: Financial Times

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Organisasi yang diketuai oleh pengarah yang turut merangkap pelumba Malaysia Weiron Tan itu…
Pelancaran
Bagi memastikan SUV ini bergerak sama pantas dengan ahli keluarganya, Aston Martin menyumbat enjin…
Berita Global
Memperkenalkan, simulator perlumbaan AMR-C01 dari Aston Martin. Untuk sebuah rig perlumbaan yang…