AS umum kenaikan tarif import kenderaan EV China sehingga 100%

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menaikkan kadar tarif kenderaan elektrik (EV) dari China daripada 25 peratus kepada 100 peratus, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) pada Selasa.

Kerajaan AS juga mengenakan tarif baharu ke atas sel solar, semikonduktor, kren pelabuhan dan produk perubatan tertentu.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Menurut White House, langkah itu merupakan tindak balas kepada ‘dasar yang tidak adil’ dan bertujuan melindungi pekerja dan industri negara itu. 

Malah menurutnya, ia juga dilakukan kerana China membanjiri pasaran global dengan eksport yang murah. 

“Saya tidak akan membiarkan China mengawal pasaran secara tidak adil untuk EV dan barangan utama lain termasuk bateri, cip komputer dan produk perubatan,” kata Biden.

Pengumuman itu mendapat bantahan kuat daripada Beijing dan mendakwa bahawa ia sebahagian daripada strategi kempen pilihan raya AS.

Kenaikan cukai yang diumumkan itu akan melibatkan barangan import dari China kira-kira AS$ 18 bilion (84.7 juta).

Selain kenaikan tarif EV, levi sel solar juga akan meningkat daripada 25 peratus kepada 50 peratus.

Kadar tarif bagi sebilangan produk keluli dan aluminium pula dijangka dinaikkan lebih tiga kali ganda kepada 25 peratus berbanding 7.5 peratus atau kurang. 

 

BBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Pesawat tersebut dalam misi pengangkutan perubatan, membawa seorang pesakit kanak-kanak dan ibunya…
Berita Global
Kanak-kanak malang itu dipercayai terperangkap dalam kereta tersebut selama dua jam dalam keadaan…
Berita Global
Agensi itu membuat pengumuman selepas Nissan mengeluarkan amaran memberitahu pemilik kenderaan…