APMM bakal terima aset baharu MSU bernilai RM4 juta

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Bernama
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menerima aset baharu bernilai RM4 juta, iaitu kenderaan Unit Pengawasan Bergerak (MSU) dalam membantu meningkatkan operasi mencari dan menyelamat di laut.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Laksamana Madya (Maritim) Hamid Mohd Amin berkata MSU akan membantu bagi mendapatkan liputan sensor yang maksimum, meluaskan liputan maritim dan membentuk masa yang hampir nyata seperti gambar permukaan bagi memastikan rondaan serta operasi SAR lebih cekap.

“MSU merupakan sistem yang melengkapkan peranan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) dalam mengesan aktiviti yang mencurigakan di laluan tikus, dalam usaha menghentikan aktiviti penyeludupan atau pencerobohan di kawasan perairan maritim negara.

“Pembangunan MSU bertujuan untuk menyediakan aset pelengkap pengawasan pantai kepada SWASLA di bawah APMM,” katanya kepada Bernama ketika ditemui sewaktu Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) di sini.

Hamid berkata sistem radar MSU juga bakal bertindak mengesan sebarang objek atau imej dalam operasi SAR, dan disesuaikan dengan pacuan empat roda sebagai platform pengesanan yang tahan lasak untuk pelbagai jenis operasi.

Mohd Amin berkata MSU berkenaan juga akan membantu untuk mengurangkan kebergantungan kepada aset udara dan laut dalam mencegah jenayah seperti perdagangan haram, penyeludupan, perikanan haram, dan pencemaran maritim.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Setibanya bot ronda APMM di lokasi tersebut, didapati bot anchor serta lori tangki berada…
Berita Domestik
"Ketika cuba dirapati, bot nelayan tersebut tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri…
Berita Domestik
    Menurutnya, daripada jumlah itu, perairan Terengganu paling banyak melakukan pelupusan iaitu…