Aplikasi Renault Ini Mampu Memeriksa Tahap Minyak Kereta Dari Telefon Bimbit Anda!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aplikasi Renault Ini Mampu Memeriksa Tahap Minyak Kereta Dari Telefon Bimbit Anda!
Aplikasi Renault Ini Mampu Memeriksa Tahap Minyak Kereta Dari Telefon Bimbit Anda!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan di antara kemajuan telefon pintar dan sistem infotainmen yang ada pada kenderaan bolehlah diibaratkan satu sektor sudah jauh ke hadapan dan satu lagi sektor terkedek-kedek di belakang.

Dalam masa begitu banyak syarikat start-up menawarkan pelbagai aplikasi percuma, terdapat pengeluar yang menawarkan sistem navigasi berharga ribuan ringgit.

Atau mungkin syarikat gergasi IT seperti Facebook, Google atau Apple perlu mengambil alih mana-mana syarikat automotif dan kemudian mengeluarkan kenderaan versi mereka sendiri baru hendak berkejar-kejar?

Walau bagaimanapun, mujurlah sudah timbul kesedaran di kalangan pengeluar bahawa semakin ramai orang muda dan berjiwa muda mahu segala-galanya berhubung di antara satu sama lain (connected).

Renault misalnya sudah mengumumkan versi baharu aplikasi MY Renault untuk Android dan iOS. Menariknya, aplikasi itu bukan bermain wayang sahaja tetapi ia benar-benar bersambung dengan kereta. Misalnya, data seperti tahap minyak, tekanan tayar dan lokasi terakhir kereta diparkir.

 

Berikut ialah tiga ciri utama aplikasi My Renault:

Sistem navigasi yang bersambung (Connected navigation)

Ciri ini begitu pintar. Aplikasi My Renault akan menyimpan data lokasi kereta diparkir supaya destinasi seterusnya dapat diprogramkan menggunakan telefon pintar. Sebaik sahaja pemandu memasuki kereta, sistem navigasi dalaman akan siap sedia untuk beroperasi ke destinasi berikutnya. 

Lebih menarik, apabila pemandu meninggalkan kereta, mod navigasi akan terus bersambung dalam mod pejalan kaki dari lot parkir kereta terus ke lokasi yang dihajati. Ciri ini akan mula ditawarkan pada awal 2018.

Akses informasi jauh (Remote information access)

Fungsi ini sepatutnya diwajibkan pada semua kenderaan di atas muka bumi. Sebagai contoh, data-data seperti tahap minyak, caj bateri, tekanan tayar, purata penggunaan minyak, log perjalanan dan lain-lain boleh didapati terus dari telefon pintar.

Pemandu boleh diingatkan tentang minyak atau bateri yang sudah rendah dan juga mendapatkan nasihat tentang pemanduan ekonomikal.

Perkhidmatan Renault (Renault Services)

Ciri perkhidmatan seperti ini sudah biasa ditawarkan dalam aplikasi pengeluar kereta tetapi Renault membawanya satu aras lebih tinggi. Pemandu boleh menetapkan jadual penyelenggaraan dan memaparkan anggaran harga untuk khidmat itu.

Pemandu boleh menghubungi pengedar dari data jadual tersebut dan jika keadaan memerlukan, aplikasi My Renault boleh menunjuk arah ke pusat servis terdekat.

Tidak terhenti setakat itu, terdapat juga butang kecemasan untuk menghubungi talian Renault Assistance.

Aplikasi MY Renault akan ditawarkan secara berperingkat ke beberapa negara seperti Perancis, UK dan Jerman. Dalam masa mendatang, Renault akan meluaskan servis tersebut merangkumi lebih banyak model-model kenderaan baharu dan juga yang lama.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…