APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terbabit nahas Genting Highlands

oleh Penyumbang Rencana|
gambar kejadian tempoh hari
Syarikat bas persiaran yang terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lalu kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), jika didapati bersalah.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan semakan awal mendapati bas persiaran itu dilesenkan di bawah syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd dan APAD sedang bekerjasama dengan agensi terbabit bagi mendapatkan laporan lengkap.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

"Tindakan awal juga sudah dibuat dengan memanjangkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pihak syarikat bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian.

"Sekiranya hasil siasatan dan laporan yang diterima mendapati berlaku sebarang perlanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh pihak syarikat, APAD boleh mengambil tindakan tegas sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Seksyen 45 Akta 715," menurut APAD.

APAD turut menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap kesalahan membabitkan pengangkutan awam darat yang dipandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.

Dalam insiden jam 11 pagi itu, dua lelaki warga China maut, manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pemandu bas persiaran berusia 32 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen memandu selain mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

- dah kemalangan baru nak ambil tindakan...-

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
APAD memaklumkan tindakan itu hasil pemantauan terhadap 101 syarikat membabitkan 371 kenderaan bagi…
Berita Domestik
Arahan itu dikeluarkan setelah siasatan mendapati kedua-dua platform beroperasi tanpa lesen sah di…
Informasi
“Perkhidmatan jenis ekonomi menyediakan bas berhawa dingin yang dilengkapi kemudahan asas, manakala…