Apabila rider tunjuk perasaan, perkhidmatan hantar makanan GrabFood lumpuh!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang sering kali menempah makanan menerusi aplikasi mudah alih GrabFood, lupakan sahaja hasrat anda oleh kerana salah satu penyedia penghantaran makanan dalam talian paling popular itu dilaporkan lumpuh seketika.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, para pekerja perkhidmatan (rider) tersebut telah melakukan tunjuk perasaan sehingga menyebabkan GrabFood tidak dapat beroperasi seperti biasa, dan hampir kesemua restoran yang terdapat dalam talian tersebut "tutup", manakala sesetengah pesanan mengambil masa kira-kira dua jam untuk dihantar. 

Menurut satu komen yang tertera di laman Facebook GrabFood, pengurangan bayaran insentif kepada rider daripada RM10 untuk satu perjalanan kepada RM5 sahaja antara yang menjadi punca mogok di kalangan para pekerja GrabFood. 
 


Berhubung dengan isu yang berbangkit, Grab Malaysia telah menghantar respons yang menyatakan mereka sebelum ini telah menyemak kembali skim insentif yang ditawarkan kepada rider GrabFood yang bakal memberikan "manfaat" yang lebih. 

Namun begitu, masalah komunikasi antara kedua belah pihak menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih merumitkan sehingga melumpuhkan sementara operasi GrabFood. 

Pihak Grab kini sedang mencuba pendekatan yang baharu supaya rider GrabFood lebih memahami apa yang berlaku dengan skim insentif yang telah disemak semula itu dan memohon maaf kepada semua pengguna aplikasi GrabFood atas kesulitan yang mereka hadapi. 

GrabFood juga sedang menyusun semula perancangan untuk memulangkan kembali bayaran kepada mana-mana pelanggan yang terjejas akibat insiden berkenaan. 

Sumber: Lowyat.net

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kawasan lain iaitu di Ipoh Garden di kawasan lapang berhampiran Tesco Ipoh Garden, Medan Gopeng (…
Informasi
  Katanya, sejak Januari lalu, kesedaran dalam kalangan penghantar makanan untuk mendapatkan…
Informasi
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata…