Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung - 800 rider GrabFood telah mencarum

oleh SALINA JALIL|
Seramai 80 peratus penghantar makanan di negeri Melaka telah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas kerajaan memberikan pembiayaan percuma selama 12 bulan.


Penasihat GrabFood Melaka, Faizalazhar Jamaludin berkata, seramai 800 daripada 1,000 penghantar telahpun mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, sejak Januari lalu, kesedaran dalam kalangan penghantar makanan untuk mendapatkan perlindungan bencana pekerjaan meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

 

“Selepas kerajaan mengumumkan untuk membayarkan RM232.80 iaitu caruman selama setahun bagi semua penghantar makanan yang mendaftar dibawah SPS Lindung, jumlah pendaftaran turut meningkat.

 

“Hanya tinggal baki 20 peratus sahaja rider GrabFood yang belum daftar. Kita akan usahakan untuk minta mereka mencarum dengan Perkeso secepat yang mungkin,” katanya ketika ditemui pada Program Kembara Ramadan di Resort D’Village, Ayer Keroh di Melaka, semalam.

 

Terdahulu, pada Februari lalu, statistik dikeluarkan Perkeso negeri merekodkan hanya 164 daripada 650 penghantar makanan di negeri ini telah mendaftar di bawah SPS.

 

Dalam pada itu, pada program tersebut seramai 120 orang penghantar makanan GrabFood telah mengambil bahagian dengan membantu menghantar kit makanan dan barang keperluan harian kepada 60 keluarga asnaf di sekitar Melaka.

 

 

 

Kosmo