Apa yang kami tahu tentang Honda CR-V 2024

oleh HEZERI SAMSURI|
Sesi ujian media untuk model Honda CR-V baharu sahaja selesai di Chaing Mai, Thailand.

Di bawah ialah antara informasi yang dikumpulkan berdasarkan pengetahuan semasa kami:
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua trenkuasa yang akan ditawarkan:

  • CR-V dengan enjin 1.5L Turbo dan transmisi CVT (193 PS dan 243 Nm)
  • CR-V e:HEV dengan trenkuasa hibrid berenjin 2.0L tanpa turbo dengan bateri Li-Ion dan transmisi e-CVT (194 PS dan 335 Nm)

Kedua-dua trenkuasa itu sama seperti yang digunapakai oleh Honda Civic terkini tetapi menerima talaan berbeza, sesuai dengan berat dan fokus pemanduan yang berbeza.

Varian e:HEV CR-V hibrid mempunyai daya kilas yang lebih tinggi berbanding dengan Civic e:HEV hibrid (315 Nm).

Empat varian yang akan ditawarkan, dari yang paling mampu milik iaitu S 1.5T 2WD, E 1.5T 2WD, V 1.5T AWD dan RS 2.0L 2WD e:HEV hibrid. 

Hanya satu varian yang dilengkapi dengan fungsi AWD.

 

 

Dimensi luaran CR-V generasi keenam adalah lebih besar dari yang sebelum ini: jarak roda (wheelbase) sudah meningkat sebanyak 41 mm dan panjang keseluruhan bertambah 68 mm.

Saiz roda aloi ialah 18-inci untuk semua, kecuali varian S dengan roda aloi 17-inci.

Bakal datang kunci jenis kad yang boleh disimpan di dalam dompet (varian RS hibrid sahaja).

Tempat duduk hadapan jenis kawalan elektrik dengan fungsi memori.

Tempat duduk belakang yang boleh dicondongkan ke belakang sebanyak 10.5-darjah.

Saiz but sebesar 586 liter dengan pintu but belakang jenis elektrik dengan lengkap dengan fungsi "walkaway lock"

 

 

 

Gril hadapan (di bahagian bawah pada bamper) mempunyai sirip yang boleh ditutup secara elektrik pada kelajuan tinggi, untuk memberikan ciri aerodinamik yang lebih baik.

Lapan beg udara untuk kesemua varian.

Fungsi Honda Sensing dan Honda Connect (mungkin untuk semua varian).

Fungsi Kawalan Menurun Cerun (Hill Descent Control) untuk semua varian.

Pengecaj telefon pintar nirwayar untuk semua varian kecuali S.

Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar untuk semua (kecuali S yang masih memerlukan kabel).

Fungsi menurunkan kesemua tingkap dengan satu tekan pada punat kawalan jauh.

 

 

Lampu belok dengan gaya sequential

Lampu memandu Adaptive (varian RS hibrid sahaja).

Sistem audio premium 12-pembesar suara dari Bose (varian RS hibrid sahaja).

Paparan meter jenis TFT berwarna sebesar 10.25-inci (varian RS hibrid sahaja).

Paparan info Head Up Display (HUD) khusus untuk varian RS hibrid sahaja.

Lampu belok aktif (Active Cornering Light) untuk varian RS hibrid sahaja.

Lampu kabin ambient berwarna, hanya untuk varian RS hibrid sahaja.

 

 

Harga yang dianggarkan ialah dari RM160,000 hingga RM190,000, tetapi ini bakal ditentukan oleh kelulusan pihak kerajaan dan akan diumumkan semasa pelancaran CR-V secara rasmi di Malaysia kelak.

Tempahan untuk CR-V 2024 sudah dibuka sekarang dan anda boleh menempahnya di mana-mana cawangan Honda. Pastikan anda menerima resit rasmi dari syarikat pengedar tersebut.

Video ringkas pandu uji Careta untuk kedua-dua varian itu sudah ada di TikTok rasmi Careta.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…