Apa akan jadi jika penglihatan anda 'dibutakan' selama 4.6 saat?

oleh Mohamad Hanif|
Empat perpuluhan enam saat.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Itu merupakan angka purata yang digunakan oleh seorang pemandu untuk memeriksa peranti pintar mereka berdasarkan kajian National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA).

Ini bermakna, hampir lima saat tumpuan pemanduan anda akan dialihkan seketika semata-mata untuk membaca mesej yang masuk.

Jadi, dalam masa hampir lima saat itu, apa yang akan terjadi sekiranya tumpuan anda 'dibutakan'?

Lexus telah menerbitkan satu video yang cukup menarik dengan menggunakan sebuah Lexus NX yang telah dipasang cermin elektrokromatik dan menjemput beberapa orang untuk memandu didalam crossover itu.

Lexus walaubagaimanapun tidak memberitahu bila dan di mana cermin elektrokromatik itu akan diaktifkan, dan anda boleh melihat sendiri gelagat dan aksi peserta ketika medan penglihatan mereka diganggu seketika selama 4.6 saat itu.

Menggunakan peranti pintar ketika memandu memang bukan satu perkara yang asing, majoriti pengguna jalan raya melakukannya, namun fakta yang tidak perlu disangkal lagi adalah pada kelajuan 88 km/j, tempoh 4.6 saat itu sudah cukup untuk anda bergerak melintasi sebuah padang bola sepak.

Video tersebut boleh ditonton pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kajian MIROS berdasarkan input daripada pengkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM),…