Keselamatan ketika jerebu - MIROS keluar garis panduan untuk pengguna jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah langkah pemanduan dan penunggangan yang lebih berhati-hati bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya ke destinasi yang dituju.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut kajian MIROS berdasarkan input daripada pengkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), kemalangan jalan raya lebih banyak berlaku dalam keadaan cuaca baik yang boleh disabitkan dengan kelajuan.

Namun risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk juga tidak rendah disebabkan oleh faktor yang lain seperti permukaan jalan yang licin dan masalah berkaitan penglihatan - sama ada kemampuan untuk melihat atau kemampuan untuk dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

Sehubungan dengan itu, berikut digariskan beberapa panduan keselamatan jalan raya bagi membantu pengguna jalan raya untuk memandu dan menunggang dalam situasi berjerebu.


1. Keadaan berjerebu sudah pasti menjejaskan jarak penglihatan anda dan pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, sila periksa dan pastikan semua lampu kenderaan berfungsi dengan baik.

2. Semasa memandu, hidupkan lampu kenderaan bagi menambah tahap kebolehlihatan pengguna jalan raya yang lain terhadap anda.

Elakkan menggunakan lampu tinggi kerana partikel air yang wujud dalam udara boleh membias dan memantulkan cahaya tersebut. Hanya gunakan lampu tinggi, jika perlu.

3. Sekiranya jarak penglihatan sangat terhad, nyalakan lampu kabus. Kadar pencahayaan yang tinggi daripada lampu ini boleh meningkatkan kadar kebolehlihatan anda.

 

bacaan IPU yang diperoleh daripada laman web APIMS boleh dijadikan sebagai panduan
 

4. Jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu juga memerlukan anda untuk menjadi lebih peka terhadap persekitaran. Anda perlu sedar bahawa tabiat memandu atau kebiasaan mungkin sudah tidak lagi sesuai walaupun
memandu di jalan yang sering digunakan.

5. Dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad, kelajuan yang biasanya selamat mungkin sudah menjadi terlalu laju. Perlahankan kenderaan anda. Kelajuan yang rendah memberi anda lebih ruang untuk bertindak sekiranya
perlu.

6. Ruang selamat juga boleh ditingkatkan dengan menambah jarak mengekori kenderaan di hadapan anda. Bergantung kepada keadaan semasa, jarak mengekori boleh berubah daripada 4 sehingga 12 saat.

Ruang selamat ini penting bagi memastikan anda sempat bertindak (contoh: membrek, mengelak secara tiba-tiba) sekiranya perlu dalam situasi kecemasan.

Menurut Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah MIROS, “Pengguna jalan raya di Malaysia adalah dinasihatkan untuk memandu dan menunggang dengan lebih berhati-hati di dalam cuaca berjerebu kini bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.

Pakai pakaian yang berwarna terang atau jaket pemantul cahaya ketika menunggang, berhenti di tempat yang selamat seperti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau di tempat yang dikhaskan untuk berhenti sekiranya tidak selamat untuk meneruskan perjalanan.

Pejalan kaki pula perlu sedar bahawa pemandu atau penunggang mungkin tidak dapat melihat mereka. Justeru, pejalan kaki adalah disarankan untuk peka terhadap keadaan sekeliling dan hanya melintas di tempat yang ditetapkan”.

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut majalah Road & Track (isu April 2012), pemandu-pemandu di Amerika Syarikat menghabiskan…
Berita Domestik
Karnival ini sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini, dari 20hb-22hb September di Setia City…
Berita Domestik
Selain pengedaran kepada pengguna lebuh raya PROLINTAS, sejumlah penutup muka  turut diedarkan…