Anthony Loke nafi dakwaan harga mahal tiket KL-Tawau

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Bernama
Menteri Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke semalam telah mengeluarkan satu kenyataan bagi menafikan dakwaan yang tular baru-baru ini mengenai harga tiket penerbangan bagi perjalanan KL-Tawau yang mahal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut beliau, semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan tersebut telah habis dijual dan ketika ini tiket yang tinggal adalah kelas perniagaan.

Loke berkata, "Saya merujuk kenyataan dalam Facebook Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini mencecah RM3,138.

"Saya telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Kapten Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.

Dalam hantaran tersebut, Loke turut berkata bahawa Kapten Izham telah mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi kelas perniagaan. Harga tiket itu adalah sebanyak RM2,863.40 dan bukannya RM3,138.

 

2

 

Sumber: Facebook Anthony Loke

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…