Angkara salah masuk gear, Myvi pandu lalu restoran

oleh Mohamad Hanif|
Gara-gara tersalah masuk 'gear' kenderaan seorang warga emas secara tidak sengaja merempuh masuk ke sebuah premis makanan di Jalan Prima Setapak 3, ibu negara, pada Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, kejadian berlaku pada 11 pagi melibatkan seorang lelaki berusia 76 tahun yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi.

"Kemalangan berlaku ketika pemandu lelaki itu hendak mengundurkan kenderaan daripada parkir namun tersalah menukar 'gear' ke (D) dan menekan pedal minyak.

"Seterusnya, kenderaan dipandu lelaki itu merempuh masuk ke sebuah restoran dan terlanggar seorang pelanggannya," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata bagaimanapun lelaki tersebut hanya mengalami luka ringan di tangan manakala pelanggan yang dilanggar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Peraturan 10 LN166/59).
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…