BMW M 1000 RR kini dalam bentuk LEGO, harga dari RM969

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal pantas BMW M 1000 RR mungkin kedengaran agak mahal bagi kebanyakan orang, namun LEGO kini menawarkan jentera dua roda BMW M 1000 RR dalam bentuk model berskala 1:5 yang boleh dipasang sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun dengan harga bermula dari $229.99 (RM969), anda mungkin tidak akan dapat kelengkapan seperti rim gentian karbon, winglet MotoGP dan enjin 212 hp sama seperti model sebenar.
 

M 1000 RR


Sebaliknya, ia ditawarkan dalam satu pakej 1,920 kepingan LEGO dengan sesetengah komponen yang mampu 'berfungsi' seakan model motosikal sebenar.

Seperti contoh, fork hadapan USD dan penyerap hentak belakang boleh dimampat dan dipanjangkan, serta tidak ketinggalan lengan ayun yang berfungsi sepenuhnya, roda, kotak gear tiga kelajuan dan rantai berwarna emas.
 

M 1000 RR


Dihasilkan dalam skala 1:5, BMW M 1000 RR ini memiliki dimensi sekitar 454.66 mm panjang, 170 mm lebar dan 277 mm tinggi dan amat sesuai dijadikan sebagai hiasan di meja kerja.

Baca: BMW M 1000 RR mendarat di Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…
Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…