Alpha Motor SuperWolf - trak pikap kabin berkembar, jarak gerak 483 km

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga kini, syarikat pemula kenderaan elektrik Alpha Motor Corporation sudah pun mempunyai dua varian trak pikap elektrik, iaitu Wolf dan Wolf+, dan terdapat penambahan varian baharu yang digelar sebagai SuperWolf.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara kasarnya, SuperWolf merupakan trak pikap kabin berkembar yang membawakan pakej penggayaan yang hampir serupa dengan varian-varian Wolf sedia ada.

Dari segi dimensi, SuperWolf membawakan ruang yang lebih luas, terima kasih kepada ukuran sepanjang 5,450 mm, lebar 1,995 mm dan tinggi 1,760 mm.

 


Secara perbandingan, SuperWolf jauh lebih panjang, namun lebih rendah berbanding trak pikap Hilux yang memiliki dimensi sepanjang 5,325 mm, lebar 1,855 mm, dan ketinggian 1,815 mm.

Antara kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah unit lampu LED, fender flare yang agak lebar, serta penawaran pelbagai jenis opsyen yang merangkumi lampu tambahan, pintu tubular, serta pelindung bed kargo.

 


Menurut Alpha Motor, SuperWolf memiliki keupayaan muatan sehingga 1,133 liter, namun bagi mereka yang mahukan ruang belakang yang lebih panjang boleh menempah komponen sambungan tambahan khas pada bed belakang yang mampu menambah 1,016 mm kepada ruang sedia ada.

SuperWolf mampu memecut sepantas 6.5 saat dari 0-100 km/j, terima kasih kepada sistem pacuan empat roda, selain mampu bergerak sejauh sehingga 483 km dengan tenaga diperoleh daripada pek bateri berkapasiti 75 atau 85 kWh.

 


Selain itu, kapasiti tundaan pula adalah seberat 3,050 kg mengikut jangkaan asal daripada Alpha Motor.

Tiada harga tetap serta tarikh jualan diumumkan buat masa ini, namun harga anggaran bermula dari $48,000 (RM202,776) hingga $56,000 (RM236,572) tidak termasuk cukai.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…