Alfa Romeo tinggalkan F1, tamat kerjasama dengan Sauber Group

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perlumbaan terakhir Formula 1 bagi musim 2023 di Abu Dhabi Grand Prix minggu lalu menandakan berakhirnya kerjasama antara Alfa Romeo dan Sauber Group.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Menurut kenyataan pasukan Sauber Group, "Musim akhir di Abu Dhabi adalah tempat kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan kongsi kami di Alfa Romeo selepas enam tahun yang menarik bersama.”

Sejak tahun 2017, kerjasama antara kedua pihak itu telah dibantu oleh beberapa pemandu terkenal seperti Charles Leclerc, Marcus Ericsson, Antonio Giovinazzi, Kimi Räikkönen, Zhou Guanyu dan Valtteri Bottas.

Perpisahan kedua pihak itu kini meninggalkan Sauber untuk menjadi pasukan F1 Audi, bermula tahun 2026 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

 

2

 

Walaupun perpisahan awal dengan Alfa Romeo, Sauber mengatakan bahawa mereka tidak akan mengambil alih penjenamaan Audi untuk tahun 2024 dan 2025.

Sebaliknya pasukan Sauber mungkin akan mendapatkan jenama lain untuk berkhidmat sebagai penaja utamanya sementara menunggu tahun 2026, namun mereka tidak akan mendedahkan rancangannya sehingga 10 Disember.

Khabar angin juga mengatakan bahawa Alfa Romeo sedang mencari pasukan lain untuk ditaja, dengan Haas disifatkan sebagai calon yang berkemungkinan disebabkan oleh jenteranya yang dikuasakan nadi Ferrari.

 

3

 

Ketua Pegawai Eksekutif Alfa Romeo, Jean-Philippe Imparato berkata, “Bagi Alfa Romeo, pengembaraan F1 mewakili pameran antarabangsa di peringkat tertinggi, serta pengalaman manusia dan sukan yang mendalam.”

"Alfa Romeo memiliki persaingan dalam DNAnya dan akan kembali menggembirakan para peminat secepat mungkin, apabila keadaannya sesuai."

Tahun 2026 pastinya bakal menjadi tahun yang menarik buat para peminat F1, dengan kehadiran Ford dan Audi, di samping peraturan enjin baharu yang akan digunakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…
Sukan Bermotor
Bemula dengan nama Scuderia Torro Rosso pada tahun 2006, kemudian dijenamakan sebagai Scuderia…