Alami kuasa dalaman dengan Caltex

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semalam jenama barangan petroleum Caltex telah mengumumkan pelancaran kempen promosi  'True Power from Within' bersempena Ulang Tahun ke-10 filem blockbuster popular Transformers, untuk tayangan filem terini mereka "Transformers: The Last Knight".

Sepanjang tempoh promosi sehingga 31 Julai 2017, pengguna dan peminat filem tersebut boleh memilih produk Havoline®, Delo® dan Techron® untuk menyertai peraduan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk skuter Vespa, barangan eksklusif premium Transformers, StarCash, baucar membeli-belah dan promosi cabutan bertuah bulanan. Ahli program kesetiaan  Caltex JOURNEY Card™ dan B Infinite Card layak untuk cabutan khas dan peluang untuk memenangi sehingga 2,000,000 mata BPoints.
Photo 4
Caltex menawarkan bahan api dan pelincir enjin yang menjanjikan prestasi tinggi dan akan menjalankan dua kempen berturut-turut semasa tempoh promosi  'True Power from Within'.

Mulai sekarang hingga 31 Julai 2017, pelanggan yang membeli produk terpilih Havoline®, Delo® dan Techron® Concentrate Plus daripada stesen dan bengkel Caltex terpilih akan menerima barangan premium filem eksklusif (baju polo, T-shirt atau tuala microfibre bergantung kepada produk dibeli) dalam satu set kotak promosi.

Anda juga berpeluang juga memenangi hadiah cabutan bertuah  termasuk lima pembesar suara Bose® Bluetooth dan sepuluh baucar beli-belah bernilai RM200 setiap satu, dengan hadiah utama sebuah skuter Vespa® LT150. Cabutan bertuah akan diadakan pada 16 Ogos 2017 dan senarai nama pemenang bertuah akan disiarkan di laman web kempen (www.caltextruepower.com).

Photo 2B

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…