Aksesori TRD khas untuk Toyota Harrier - pasaran Jepun sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keempat crossover Toyota Harrier (atau Toyota Venza di sesetengah pasaran) sudah pun rasmi dilancarkan di Amerika Syarikat beberapa bulan yang lalu dan ia turut dijual di negara asal, Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak sah jika sesebuah model yang dijual di negara matahari terbit tanpa kehadiran senarai aksesori yang pelbagai dan direka untuk menaikkan lagi seri penampilan model tersebut atas jalan raya.

Dan apabila model tersebut berjenama Toyota, sudah pasti divisyen TRD menawarkan kit badan dan aksesori yang tersendiri untuk para pemilik Toyota Harrier bergaya.

 


Anda boleh memilih untuk memasang kit badan yang merangkumi spoiler hadapan, skirt sisi, spoiler bumper dan juga muffler ekzos sport dan tidak ketinggalan set rim aluminium bersaiz 20 inci menghiasi keempat-empat ruang arca roda Harrier.

Penampilan sporti tersebut diteruskan lagi dengan pemasangan visor sisi sports serta jalur badan GR berwarna merah hitam juga di bahagian sisi crossover tersebut.

Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan kit damper berprestasi tinggi GR yang dikatakan mampu meningkatkan kadar keselesaan serta tahap pengendalian Toyota Harrier.

Senarai penuh aksesori dan kit badan tersebut boleh dirujuk menerusi pautan di bawah, dan harus diingat, ia dihadkan untuk pasaran Jepun buat masa ini.

TRD Japan | Toyota Harrier

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Camry Hybrid XSE   Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama …
Berita Global
Jadi, tidak menghairankan apabila banyak produk-produk trak pikap yang tidak terdapat di pasaran…
Berita Global
Untuk pasaran Jepun, Modellista menawarkan dua pakej penggayaan yang digelar sebagai Elegant Ice…