Akio Toyoda umum persaraan, Masanori Katayama kini pengerusi baharu JAMA

oleh Mohamad Hanif|
Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (JAMA) dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan persaraan Akio Toyoda daripada jawatan pengerusi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peranan yang ditinggalkan oleh pengerusi Toyota itu akan digalas oleh Masanori Katayama, pengerusi Isuzu Motor Limited.

Pelantikan Masanori turut menandakan pertama kalinya seorang eksekutif daripada jenama selain Toyota, Nissan dan Honda dilantik sebagai pemimpin tertinggi JAMA.

Naib presiden JAMA pula terdiri daripada Makoto Uchida (Nissan), Toshihiro Mibe (Honda), Koji Sato (Toyota), Toshihiro Suzuki (Suzuki), Yoshihiro Hidaka (Yamaha), dan Seiichi Nagatsuka.

Akio Toyoda mengambil alih jawatan pengerusi JAMA pada tahun 2018, dan di bawah kepimpinan beliau, acara Tokyo Motor Show telah dijenamakan semula sebagai Japan Mobility Show.

Dalam sidang media itu juga, Akio Toyota mendedahkan beliau masih lagi belum bersedia untuk bersara sepenuhnya daripada industri automotif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika melihat kepada trend pasaran segmen kenderaan penumpang, jumlah tersebut dilihat menurun buat…
Informasi
Sedar atau tidak, penggunaan biodiesel bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia kerana semua…