Akibat salah guna lorong kecemasan, lelaki ini dihalang masuk laluan utama

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memotong barisan atau menggunakan lorong kecemasan ketika kesesakan lalu lintas merupakan antara perkara yang paling hina pernah dilakukan oleh seseorang pemandu yang tidak sabar dan tidak reti adab.

Kejadian ini seringkali terjadi di lebuhraya dua laluan Melaka - Johor dan ketika inilah perangai syaitan muncul akibat tidak bersabar dengan keadaan semasa. 

Walhal sudah diberitahu beberapa kali menerusi media sosial tentang peri pentingnya lorong kecemasan ini, terutama kepada kenderaan penguatkuasa dan penyelamat. 

Contoh yang ditunjukkan oleh sekumpulan pemandu di bandar Preston, England ini menunjukkan bagaimana anda boleh mengajar golongan yang kurang ajar ini ketika di dalam kesesakan. 
 

 


Menurut video yang dihantar kepada Daily Mail, kenderaan jenis Chevrolet itu cuba untuk memotong barisan menerusi laluan kecemasan, namun hasrat pemandu itu dihalang oleh pemandu BMW, pemandu Mercedes-Benz Vito serta pemandu trak di belakang. 

Dalam video berdurasi 2 minit 13 saat itu, pemandu Chevrolet itu berjaya juga memasuki jalan utama setelah kereta yang lain memberikan laluan kepada kenderaan penyelamat yang melalui lorong kecemasan tersebut. 

Sumber: Daily Mail menerusi Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Domestik
Itu antara alasan popular yang diberikan oleh segelintir pemandu yang berdegil menggunakan lorong…
Berita Domestik
Menerusi Facebook rasminya hari ini, JPJ memaklumkan kesalahan itu dikesan melalui operasi…