Airspeeder Mk3: Kereta lumba terbang pertama dunia, kelajuan 150 - 250 kilometer sejam

oleh SALINA JALIL|
Kereta lumba terbang pertama dunia yang mempunyai kelajuan menyamai Formula Satu (F1) melakukan ujian penerbangan sulung di kawasan gurun di selatan Australia, baru-baru ini.


Ujian penerbangan itu dipantau oleh Pihak Berkuasa Penerbangan awam Australia, namun butiran mengenai perkara itu tidak didedahkan kepada umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengumuman mengenai ujian penerbangan itu dibuat dua tahun selepas prototaip Airspeeder hilang kawalan di West Sussex.

 

Kereta lumba terbang Airspeeder MK3 yang direka dan dihasilkan oleh jurutera Jaguar, Rolls Royce, Boeing dan Brabham itu akan terbang pada kelajuan 150 hingga 250 kilometer sejam bergantung kepada bentuk muka bumi.

 

Sebanyak empat kumpulan dan 10 kereta lumba terbang akan menyertai pertandingan ala F1 yang dijangka berlangsung pada tahun ini.

 

Ketika pertandingan, kereta lumba terbang itu akan dikawal oleh juruterbang di daratan.

 

Kumpulan jurutera yang menghasilkan kereta tersebut turut menyasarkan juruterbang manusia memandu kereta lumba berkenaan menjelang tahun depan.

 

Kereta lumba terbang yang mempunyai berat 100 kilogram (tanpa pemandu) itu bergerak menggunakan bateri litium polimer yang membolehkannya terbang selama 15 minit.

 

Setiap perlumbaan akan berlangsung selama 45 minit, menyaksikan dua ‘pit stop‘ bakal dibangunkan untuk menukar bateri kereta lumba terbang tersebut.

 

 

mk3

 

Video di bawah ini:

 

 

 

 

CNET

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ada sebuah syarikat baru sahaja memperkenalkan kereta terbang elektrik lumba yang berfungsi…