Kereta terbang? Ini Airspeeder Mk3, dibina untuk berlumba di udara!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MK3
MK3
Istilah kereta terbang sudah biasa digunakan di kalangan rakyat tempatan. Bagaimana pula di negara luar atau istilah apa yang digunakan oleh industri?

Sama juga iaitu flying car dan secara rasminya untuk sebuah kenderaan elektrik yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak ia dipanggil eVTOL atau electric vertical take-off and landing vehicle.

Perkembangan eVTOL sekarang ini kelihatan positif apabila pengeluar kenderaan ternama turut terlibat dalam pembangunannya.

Apa lagi berita menarik mengenai eVTOL?
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
MK3

 

Ada sebuah syarikat baru sahaja memperkenalkan kereta terbang elektrik lumba yang berfungsi sepenuhnya dan pertama di dunia.

Bukan itu sahaja, Airspeeder Mk3 bakal menyertai siri perlumbaan kawalan jauh Airspeeder dan digunakan sebagai medan ujian teknikal dan siri feeder untuk perlumbaan pemanduan manusia pada tahun 2022.

Maknanya, dunia bakal menyaksikan siri perlumbaan kereta terbang di udara!

Projek ini sebenarnya telah memakan masa pembangunan lebih daripada tiga tahun. Airspeeder sekarang ini sedang membangunkan sejumlah Mk3 di Adelaide, Australia.

Lebih daripada sepuluh buah akan dikeluarkan dan dibekalkan kepada pasukan perlumbaan pada tahun ini.

Kumpulan yang terlibat dalam program pembangunan dan pengeluaran bukan calang-calang dan memiliki pengalaman dari Mclaren, Babcock Aviation, Boeing, Jaguar Land Rover, Rolls-Royce dan Brabham. 

Berikut ialah ciri-ciri Airspeeder Mk3:

  • Input teknikal kepada pembangunan eVTOL pemanduan manusia Mk4 Airspeeder yang bakal diperkenalkan pada tahun 2022.
  • Dioperasi oleh pakar pengendali kawalan jauh di darat.
  • Mempunyai sistem LiDAR dan radar mengelak pelanggaran untuk perlumbaan yang selamat.
  • Menggunakan rangka karbon dan fiuslaj dari gentian karbon.
  • Model Mk4 menggunakan badan monocoque penuh dari gentian karbon.
  • Digerakkan nadi elektrik berkuasa 96 kW.
  • Berat tanpa manusia hanya 100kg.
  • Kelajuan melebihi 120 km/j.
  • Berbentuk octocopter X formation untuk senang dikemudi dan kestabilan.
  • Semasa hentian pit ketika perlumbaan, bateri boleh ditukar dengan pantas di darat menggunakan kaedah slide and lock.

Selain ibu pejabat teknikal di Adelaide, operasi komersial Airspeeder dijalankan dari London, England.

Bagaimana perlumbaan kereta terbang nanti dan apakah bentuk litarnya? Ini bukan setakat kereta terbang lagi tapi kereta terbang yang boleh berlumba!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pengumuman mengenai ujian penerbangan itu dibuat dua tahun selepas prototaip Airspeeder hilang…