AirAsia X tutup kedai di Indonesia, jual saham di Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat penerbangan AirAsiaX terpaksa menutup perniagaannya di Indonesia dalam usaha untuk terus hidup. AirAsia X tidak melakukan penerbangan semenjak bulan Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

Anak syarikat AirAsia itu juga telah menjual 49 peratus sahamnya di dalam syarikat Thai AirAsia X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tindakan-tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha pengstrukturan syarikat untuk melunaskan sebahagian dari hutangnya yang berjumlah RM63.5 bilion.

Menurut timbalan pengerusi Air Asia, Lim Kian Onn, rundingan awal dengan pemiutang melalui jalan sukar kerana mereka mahukan sesuatu yang lebih mapan, seperti saham gantian untuk hutang yang dikira lebur.

"Itu mustahil untuk syarikat ini lakukan," ujar Lim kepada The Star.

Lim bagaimanapun berkata kesemua pemiutang mahu mencari jalan penyelesaian agar AirAsia kembali pulih.

"Tiada sesiapa yang untung jika AirAsia ditutup terus," sambungnya.

AirAsia bercadang untuk memulakan penerbangan mereka suku pertama tahun hadapan tetapi perancangan itu masih lagi tidak boleh dipastikan.

* Laporan asal dari New Straits Times

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…