AirAsia Japan failkan muflis

oleh SALINA JALIL|
Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) hari ini memfailkan muflis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"(Ini) disebabkan ketidakmampuan bayar akibat penurunan permintaan bagi perjalanan berikutan sekatan perjalanan keluar masuk yang dikenakan susulan pandemik coronavirus," menurut syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

AirAsia Group memegang kepentingan dalam AAJ menerusi pegangan sahamnya di AirAsia Investment Ltd.

 

Pada 5 Oktober lalu, kumpulan itu mengumumkan ahli lembaga pengarahnya memutuskan untuk menutup operasi AAJ dengan serta-merta untuk mengurangkan beban kewangan di tengah-tengah situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19.

 

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan informasi daripada DataBreaches, serangan itu berlaku pada 11 dan 12 November oleh…
Informasi
  Statistik operasi AirAsia pada suku ketiga 2020 menunjukkan langkah pantas untuk pemulihan…