AirAsia Group yakin akan kembali pulih pasca COVID-19

oleh SALINA JALIL|
AirAsia Group yakin operasinya akan terus mencatatkan peningkatan serta pengukuhan pasca pemulihan pandemik COVID-19 ini berbanding syarikat penerbangan yang lain


Berdasarkan perkembangan positif memerangi COVID-19 dan digabungkan dengan strategi pengawalan kos serta kejayaan aplikasi super airasia.com, kumpulan akan terus mencatat pertumbuhan dalam tempoh beberapa bulan akan datang sehingga 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Statistik operasi AirAsia pada suku ketiga 2020 menunjukkan langkah pantas untuk pemulihan sedang dijalankan. Terdapat peningkatan yang baik daripada setiap syarikat penerbangan domestik utama kumpulan berbanding suku sebelumnya.

 

Ini termasuk peningkatan penumpang sebanyak 36 peratus oleh AirAsia Malaysia, 79 peratus oleh AirAsia India dan 65 peratus oleh AirAsia Thailand.

 

Prestasi pendapatannya juga bertambah baik dengan penjualan di seluruh kumpulan meningkat 57 peratus minggu ini berbanding minggu sebelumnya, disokong oleh penjualan super airasia.com yang bermula semalam.

 

Penjualan di Thailand untuk perjalanan domestik mencapai 93 peratus daripada tahap pra-COVID.

 

Situasi sama turut dicatatkan di Indonesia dengan jumlah penjualan meningkat 52 peratus dan nilai penjualan melonjak 126 peratus pada minggu lalu, kerana pihaknya terus menyuntik lebih banyak kapasiti ke dalam pasaran ini.

 

Presiden (Penerbangan) AirAsia Group, Bo Lingam, berkata perjalanan udara sangat penting untuk ekonomi dunia dan AirAsia melihat terdapat tanda pemulihan yang kukuh dalam pasaran domestik utamanya.

 

Beliau berkata, perkhidmatan domestik AirAsia di Thailand, sudah hampir 100 peratus tahap kapasiti pra-COVID. Katanya, begitu juga operasi utama kumpulan yang lain di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang menunjukkan peningkatan tempahan.

 

"Perkembangan positif mengenai gelembung perjalanan yang sudah terbentuk di Asia dan vaksin COVID-19 dalam peringkat ujian akhir menjadi berita baik bagi industri ini.

 

"Pandangan umum adalah perjalanan udara akan segera kembali. Kami menjangkakan akan kembali ke tahap pra-pandemik di banyak laluan utama pada pertengahan 2021 atau lebih awal.

 

"Kami tidak bersendirian dalam jangkaan ini, kerana ramalam umum industri ini juga menyatakan pemulihan akan kembali normal di peringkat global dalam tempoh waktu terdekat," katanya.

 

Lingam berkata, faktor lain yang perlu diberi tumpuan adalah kebarangkalian risiko jangkitan ketika dalam penerbangan hanya satu daripada 27 juta.

 

Beliau berkata, protokol keselamatan dan kebersihan yang ketat, disusun bersama dengan pihak berkuasa kesihatan dan penerbangan dunia, telah menjadi konvensyen penerbangan yang diterima di seluruh dunia.

 

Kumpulan, katanya, dapat memastikan bahawa kabin pesawat kini telah menjadi antara tempat paling bersih sehingga menimbulkan hampir sifar risiko jangkitan kepada pengguna dan anak kapal.

 

"Ini disokong oleh kajian International Air Transport Association (IATA) yang melaporkan hanya 44 kes penularan virus dalam penerbangan yang dikesan di antara 1.2 bilion pelancong di seluruh dunia," katanya.

 

Mengulas lanjut, Lingam berkata, dengan rangkaian lebih dari 160 destinasi di seluruh Asia dan Asia Pasifik, AirAsia berada dalam kedudukan yang baik untuk pulih lebih cepat daripada banyak syarikat penerbangan lain.

 

Beliau berkata, sebahagian besar pasaran antarabangsa utama kumpulan yang juga destinasi pelancongan seperti Thailand, Singapura, Australia, Korea, Indo-China dan Taiwan telah berjaya mengawal COVID-19 dengan baik dan kembali cenderung membuka semula sempadan.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan informasi daripada DataBreaches, serangan itu berlaku pada 11 dan 12 November oleh…
Informasi
  "(Ini) disebabkan ketidakmampuan bayar akibat penurunan permintaan bagi perjalanan berikutan…