AirAsia beri dua pilihan: lanjut tempoh sah akaun kredit atau tukar penerbangan tanpa had

oleh SALINA JALIL|
AirAsia melanjutkan tempoh sah akaun kredit sehingga dua tahun, selain memberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had kepada pelanggannya.


Syarikat penerbangan tambang rendah dalam satu kenyataan, berkata pelanggan yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh penerbangan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh membuat dua pilihan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pilihan pertama adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had sebelum 31 Oktober 2020 di laluan dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

 

"Pilihan kedua adalah akaun kredit iaitu nilai tambang tempahan pelanggan kekal ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang bersama kami.

 

"Untuk pilihan kedua, tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut penerbangan yang telah dikeluarkan di airasia.com," katanya.

 

Menurut AirAsia, pelanggan yang layak boleh merujuk kepada Panduan COVID-19 untuk langkah berhubung dengan ruang sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan dengan segera.

 

"Bagi tetamu yang telah menerima akaun kredit sebelum pengumuman ini juga boleh memohon untuk melanjutkan tempoh sah akaun kredit mereka yang belum digunakan melalui AVA.

 

 

"Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya," katanya.

 

Syarikat itu berkata, susulan keadaan yang tidak dijangka ini, ia mengalami peningkatan pertanyaan yang maksimum pada masa ini.

 

"Kami terus berusaha sepanjang masa untuk menawarkan bantuan kepada mana-mana pelanggan yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan dan kami amat menghargai kesabaran anda.

 

"Kesihatan dan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan kami sentiasa menjadi keutamaan. Kami terus mengikuti rapat situasi kesihatan awam dan mematuhi sepenuhnya nasihat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan global," katanya.

 

AirAsia berkata, ia akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada pelanggan.

 

"AirAsia juga mempunyai hak untuk mengumumkan sebarang polisi baharu berdasarkan perkembangan terkini berkenaan situasi COVID-19.

 

"Untuk perkembangan terkini, ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/airasiaph) atau hubungi pasukan sokongan pelanggan di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com.

 

"Pelanggan juga dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat yang terkini," katanya.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…