AirAsia antara syarikat penerbangan dunia mampu bertahan

oleh SALINA JALIL|
Kumpulan AirAsia berada dalam posisi yang baik untuk menghadapi krisis pandemik COVID-19, disokong oleh kedudukan tunai serta kekuatan dan nilai jenama, menurut Brand Finance.

Perunding penilaian dan strategi perniagaan berjenama itu baru-baru ini mengeluarkan laporan tahunannya mengenai jenama syarikat penerbangan paling bernilai dan terkukuh, Brand Finance Airlines 50 untuk 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Urusan Brand Finance Asia Pasifik, Samir Dixit berkata, AirAsia adalah salah satu daripada 30 jenama syarikat penerbangan global yang mampu bertahan ketika krisis COVID-19.

 

"Walaupun terdapat sedikit jenama yang mempunyai pertumbuhan nilai yang positif, AirAsia menjadi pesaing kuat dengan beberapa jenama terbaik di dunia.

 

"Ini pasti dapat dikaitkan dengan konsistensi pengalaman dan usaha membangun jenama oleh AirAsia kepada pelanggan dan pihak berkepentingan lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah ASEAN yang disenaraikan, dengan pertumbuhan nilai jenama tahun ke tahunsebanyak 15.5 peratus, tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di antara semua syarikat penerbangan global, menjadikannya salah satu daripada 25 jenama syarikat penerbangan paling bernilai di dunia.

 

 

sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…