Adidas Jepun hasilkan set barangan sukan terhad, C-HR untuk pasaran Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Thailand telah mengumumkan kerjasama mereka bersama syarikat penghasilan barangan sukan Adidas untuk menawarkan beberapa barangan sukan edisi terhad bertemakan "Disrupt To Create".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dimulakan dengan crossover ranggi Toyota C-HR itu sendiri, rekaan inspirasi daripada Adidas dilayangkan pada badan dengan penggunaan warna dua tona iaitu hitam dan putih, manakala pada bahagian bawahnya dicat seumpama sebuah kasut Adidas. 

 


Penggunaan warna tema warna hitam dan putih menguasai hampir seluruh pelusuk crossover tersebut termasuklah bahagian skirt sisi, bumper, fender dan juga pintu belakang. 

Manakala barangan sukan Adidas pula terdiri daripada set kasut Adidas Adizero Japan Boost, jaket Adidas Climalite serta beg galas bersaiz 30 liter yang dihasilkan dalam unit terhad sebanyak 1,200 unit sahaja. 

Setakat info ini ditulis, tiada sebarang maklumat yang menyatakan C-HR Adidas ini akan dijual ataupun khusus kepada pasaran Thailand semata-mata. 
 


Inginkan kelainan? C-HR Adidas ini mungkin jawapan buat anda. 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dinamakan sebagai Cold Blooded X17+360 Speed, produk baharu itu dihasilkan untuk kegunaan bintang…
Informasi
Perjanjian itu memberi hak kepada Kuzain, ibu bapa Malaysia, akses kepada latihan terkini Adidas…