Adidas perkenal Cold Blooded X17+360 Speed baharu

oleh Afandi Che Muhamad|
Jenama sukan terkemuka, Adidas baru-baru ini memperkenalkan kasut bola sepak baharu ke dalam koleksi Cold Blooded.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Cold Blooded X17+360 Speed, produk baharu itu dihasilkan untuk kegunaan bintang bola sepak hebat yang juga merupakan duta jenama Adidas sendiri seperti Luis Suarez, Gabriel Jesus dan Gareth Bale.

Sebagai permulaan, Adidas menyediakan dua versi but untuk pilihan pengguna seperti Cold Blooded X17+Stadium dan Cold Blooded X17+Cage.

Untuk makluman, kedua-dua versi but tersebut menggayakan padanan warna putih dengan rekaan grafik berwarna merah dan memiliki fitur yang hampir sama.

Cuma versi Cold Blooded X17+Cage sedikit berbeza daripada Cold Blooded X17+Stadium kerana ia mempunyai kemasan gum di bahagian tapak.

Antara ciri-ciri lain yang disediakan pada but baharu ini ialah kemasan Non-Stop Grip (NSG), sistem Pure-Cut Sock (tali kasut tersembunyi di bahagian dalam but) dan Sprint Frame.

Cold Blooded X17+360 Speed akan berada di pasaran mulai 1 Februari depan dan pengguna yang berminat boleh mendapatkannya di mana-mana pengedar alatan sukan terdekat atau membeli secara atas talian dengan melayari laman web, www.adidas.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dimulakan dengan crossover ranggi Toyota C-HR itu sendiri, rekaan inspirasi daripada Adidas…
Informasi
Perjanjian itu memberi hak kepada Kuzain, ibu bapa Malaysia, akses kepada latihan terkini Adidas…