Adakah ini Mercedes-AMG EQS 63?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi model sedan elektrik mewah EQS, tiba giliran Mercedes-AMG untuk memperlihatkan sentuhan mereka dalam bentuk Mercedes-AMG EQS 63 yang dijadualkan pelancarannya tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model ujian sedan berprestasi tinggi berkuasa elektrik AMG itu telah dikesan oleh laman web AutoExpress UK baru-baru ini dengan membawakan beberapa perubahan dari segi penampilan.

Tidak seperti sedan EQS yang didatangkan dengan penawaran warna dua tona, EQS 63 AMG ini datang dalam warna tunggal dengan pakej penggayaan yang menyamai model-model AMG sedia ada, seperti bampar hadapan yang direka semula, skirt sisi, rim rekaan baharu, diffuser serta spoiler ekor itik.

 


Jurutera AMG juga turut menala kembali aspek pengendalian seperti casis yang mampu bertahan dengan talaan kuasa AMG, sistem suspensi adaptif udara, sistem brek AMG serta rotor brek berliang.

Sementara ruang dalaman juga turut mendapat kemasan AMG seperti roda stereng sports, tempat duduk sports, dan paparan spesifik AMG untuk sistem infotainmen Hyperscreen itu.

Menurut ketua pereka Gorden Wagner, Mercedes-AMG EQS 63 akan turut menampilkan rekaan gril ikonik Panamericana seperti tipikal jentera-jentera AMG akan tetapi dengan penggayaan yang sedikit berbeza.

 


Sama seperti barisan AMG sedia ada, Mercedes-AMG EQS akan turut mendapat beberapa varian lain berdasarkan pendaftaran tanda dagang bagi lencana EQS 53 dan EQS 55 selain daripada EQS 63.

Versi terpantas AMG EQS 63 bakal menghasilkan kuasa sehingga 751 hp dengan pecutan 0-100 km/j "di bawah empat saat" dan kelajuan tertinggi 250 km/j dihadkan secara elektronik.

Disebabkan ketiadaan bunyi mekanikal pada EV, Mercedes-AMG akan memperkenalkan sistem bunyi tersendiri yang digelar sebagai AMG Sound Experience bagi menggantikan ketiadaan not-not enjin dan ekzos terus ke sistem audio kenderaan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…