Ada masalah dengan Audi e-tron? Whatsapp saja lah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Khidmat selepas jualan sememangnya aspek penting dalam industri kenderaan. Jumlah yang dibayar bukan sedikit dan pelanggan yang berpuas hati biasanya akan setia dengan sesebuah jenama.

Lebih bagus apabila pelanggan tersebut akan mempromosikan pula kepada individu sekeliling.

Satu lagi aspek yang sangat kritikal dalam bidang selepas jualan ialah pelanggan yang membeli kereta teknologi baharu dan canggih seperti hibrid dan elektrik.

Pelanggan ini perlu dijaga dan merupakan duta dalam mempromosikan kereta dengan teknologi canggih tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Audi e-tron

 

Di United Kingdom, Audi mengambil langkah bagus dengan menawarkan pengguna e-tron khidmat komunikasi melalui aplikasi Whatsapp. 

Ia adalah sebahagian dari e-tron Concierge Service yang menawarkan khidmat peribadi kepada pelanggan jenama premium itu.

Melalui khidmat yang disediakan, pelanggan boleh mengajukan soalan dan menerima jawapan dalam masa beberapa minit sahaja. 

Pertanyaan tersebut bukan dijawab oleh operator biasa tetapi pakar EV yang dilatih khas dan berkhidmat dari pukul 8:00 pagi hingga 9:00 malam selama tujuh hari seminggu.

 

Audi e-tron

 

Perkhidmatan ini sebenarnya telah dilancarkan pada September lalu buat pelanggan yang telah memesan Audi e-tron.

Setiap individu akan menerima satu emel tentang perkhidmatan dan menjemput mereka untuk memulakan perbualan. Jawapan kepada soalan akan disediakan oleh pasukan pakar EV.

Lebih menyenangkan apabila pelanggan boleh menghantar gambar, rakaman audio dan video melalui platform Whatsapp tersebut.

Penggunaan Whatsapp sebagai saluran komunikasi membolehkan transaksi dibuat dengan pantas, ringkas dan bersifat peribadi.

 

Audi e-tron

 

Khidmat e-tron Concierge begitu popular dengan pemilik bertanyakan pelbagai soalan dari akses sehingga pusat pengecasan di Audi Centre. 

Maklumat berharga tentang kereta dan perkhidmatan akan digunakan oleh Audi UK bagi menambah baik pengalaman pemilikan premium sebuah EV e-tron.

Hebat bukan? Kaedah komunikasi seperti ini harus dilaksanakan juga oleh pengeluar lain dan jika boleh merentasi pelbagai segmen. Apa-apa whatsapp je! 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…