Acura Integra - coupe dua pintu, sedan empat pintu, atau crossover?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah mengumumkan penamatan model supercar Acura NSX menerusi pelancaran NSX Type S, Acura turut mengumumkan kemunculan semula nama kereta sports ikonik Integra yang telah ditamatkan produksinya pada tahun 2006 menerusi generasi DC5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemunculan semula generasi kelima Integra itu setelah hampir 20 tahun turut menimbulkan persoalan, adakah ia bakal dijelmakan semula sebagai sebuah kereta sports? Ataupun sedan empat pintu seperti generasi terdahulu?

Menurut jurucakap Acura yang dihubungi oleh Motor1, beliau tidak dapat mengesahkan atau menafikan penawaran Integra dalam bentuk dua pintu, empat pintu atau pilihan bentuk badan yang lain.
 

Acura Integra
sumber gambar: MotorTrend


Senang cerita, segalanya adalah mungkin, termasuk versi crossover!

Terdapat beberapa laporan yang menyebut model Integra baharu ini bakal menggunakan casis daripada Honda Civic, dan disebabkan Civic dua pintu kini tidak lagi ditawarkan, ia bakal mewujudkan satu ruang kosong untuk diisi oleh Integra.
 

integra


Ia turut diperkuatkan dengan imej kasar yang dihasilkan oleh dron ketika pengenalan semula nama Integra beberapa minggu lalu di mana ia menampakkan rekaan coupe dua pintu.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang informasi lanjut didedahkan oleh Acura, melainkan gambar teaser tunggal yang dibekalkan sebelum ini.

Acura Integra generasi baharu ini dijangka hadir pada tahun hadapan.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu menjejaskan lebih 750,000 unit kereta Honda dan Acura keluaran dari 2020…
Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…