Panggilan semula itu menjejaskan lebih 750,000 unit kereta Honda dan Acura keluaran dari 2020 hingga 2022 dan hampir setiap model mereka dipanggil semula di Amerika Syarikat.
Ia dipanggil semula kerana terdapat kecacatan melibatkan sensor di bawah tempat duduk penumpang hadapan yang berpunca dari keretakan di kapasitor pada papan litar sensor.

Jika litar pintas dalaman pada bahagian itu berlaku, beg udara hadapan akan teraktif dengan tidak sengaja walaupun berat penumpang tidak besar dan boleh meningkatkan risiko kecederaan berlaku.
Berikut merupakan senarai model Honda dan Acura yang dipanggil semula :
Tahun |
Model |
2020-2022 |
Honda Accord |
2020-2021 |
Honda Accord Hybrid |
2020 |
Honda Civic Coupe |
2020-2022 |
Honda Civic Sedan |
2021-2022 |
Honda Civic Hatchback. |
2021 |
Honda Civic Type R |
2020-2021 |
Honda CR-V |
2020-2021 |
Honda CR-V Hybrid |
2020 |
Honda Fit |
2020-2022 |
Honda HR-V |
2021 |
Honda Insight |
2020-2022 |
Honda Odyssey |
2020-2022 |
Honda Pilot |
2020-2021 |
Honda Passport |
2020-2021 |
Honda Ridgeline |
2020, 2022 |
Acura MDX |
2020-2022 |
Acura RDX |
2020-2021 |
Acura TLX |
Menurut Honda mengenai panggilan semula, isu itu timbul daripada pembekal yang menukar bahan asas di papan litar semasa proses pembuatan akibat bencana alam di pembekal lain.
Bahan asas alternatif yang digunakan adalah tidak sesuai untuk kegunaan tersebut, ia boleh timbulkan ketegangan tambahan pada papan yang boleh membuatkan kapasitor retak.
Oleh itu, kenderaan yang terjejas boleh menyalakan lampu amaran SRS, dan penunjuk beg udara penumpang mungkin kekal tidak menyala.

Sejak 2020, Honda telah terima tuntutan waranti berkenaan isu tersebut, namun pada waktu itu, mereka tidak menemui sebarang kecacatan.
Setahun berlalu, mereka terima beberapa tuntutan dan siasatan dijalankan sehingga menemui kecacatan tersebut pada penghujung tahun 2023.
Walaubagaimanapun, Honda tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian yang berkaitan dengan isu itu, tetapi ia telah menerima lebih daripada 3,800 tuntutan waranti.
SUMBER : National Highway Traffic Safety Administration , Motor1