Apatah lagi ia disumbangkan dengan angka jualan yang semakin merudum bukan sahaja di Amerika Syarikat, malah pasaran Jepun sendiri sudah pun menghentikan penawaran NSX disebabkan permintaan tidak memberangsangkan.
Mungkin disebabkan itu, Honda membuat keputusan untuk memperkenalkan kemaskini yang dinamakan sebagai Acura NSX Type S yang merangkap sebagai versi pengakhiran buat NSX setelah lima tahun produksi berjalan.
Ini kerana Honda akan menghentikan terus produksi supercar berenjin tengah V6 ini pada Disember 2022.
Bakal dilancarkan pada 13 Ogos ini, Honda dalam masa yang sama turut mendedahkan teaser NSX Type S yang menampilkan pelindung enjin berwarna merah, kemasan aksen gekap pada bahagian luaran, serta logo S pada panel rocker.
Honda tidak mendedahkan secara rasmi naiktaraf terhadap unit enjin, namun sebagai informasi NSX merupakan sebuah supercar dengan trenkuasa hibrid (enjin V6 3.5 liter + tiga motor elektrik) dan sistem pacuan semua roda SH-AWD dengan kuasa keseluruhan 572 hp dan 676 Nm.
Berkemungkinan besar NSX Type S bakal menampilkan peningkatan kuasa yang signifikan serta prestasi pecutan yang dipertingkatkan sebagai satu penghormatan buat model edisi terakhir sebelum produksi dihentikan.
Difahamkan, hanya 350 unit sahaja yang akan dihasilkan, di mana 30 unit dikhususkan untuk pasaran Jepun dan selebihnya untuk pasaran global.
Sayang sekali, Honda tidak berpeluang untuk meletakkan lencana paling berkuasa di dunia "Type-R" pada supercar NSX ini sebagaimana yang telah dilakukan pada generasi pertama Honda NSX suatu ketika dahulu.