Acara berbasikal ‘Jom Kayuh Mesra Alam’ Proton meriah

oleh DIANA ISMADI|

Seramai 1,500 peminat berbasikal dan rakyat Malaysia yang cintakan alam sekitar serta mementingkan kesihatan telah mengambil bahagian dalam acara berbasikal “Jom Kayuh Mesra Alam” yang julung kali diadakan semalam.

Acara tersebut merupakan anjuran bersama Proton Holdings Bhd dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (“BMMB”) yang telah berlangsung di Proton City, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Photo 1 (1)

Selebriti ternama tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Amy Search turut dijemput untuk berbasikal bersama peserta lain dan memeriahkan lagi acara.

Karnival ini dijalankan sehingga tengah hari dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk dinikmati oleh seluruh ahli keluarga yang turut serta. Pelbagai hadiah juga telah diberikan kepada pemenang bertuah, yang terdiri daripada pakej percutian, aksesori berbasikal, hamper dan barangan elektrik.

Photo 3
Photo 5

 

“Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk membuat penganjuran bersama Bank Muamalat sebagai salah sebuah syarikat dalam Kumpulan DRB-HICOM. Bukan sahaja kita dapat menarik penyertaan orang ramai untuk acara ini, tetapi kita juga dapat menggalakkan kakitangan daripada kumpulan DRB-HICOM untuk melibatkan diri dalam melakukan aktiviti yang menjurus kepada gaya hidup yang sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali.

Photo 4
Photo 2

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kos servis atau penyelenggaraan sering menjadi satu topik yang "tidak sengaja" dilupakan oleh ramai…
Pelancaran
SUV premium dengan lima tempat duduk itu kini ditawarkan pada harga bermula dari RM99,800 untuk…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Datuk Rashid Musa dikatakan akan menyertai Kumpulan UMW…