9 rakyat Malaysia bawa pulang 9 hadiah kereta baru Honda!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia kini meraikan pencapaian penjualan yang ke 900,000 unit dengan mengadakan karnival dua hari yang penuh dengan aktiviti menarik bertempat di Stadium Bukit Jalil.

Acara kemuncak kepada kempen "Road to 900,000th Unit Milestone" ini merupakan penyampaian sembilan hadiah utama kepada sembilan warga Malaysia yang bertuah. 

Berikut merupakan senarai pemenang bersama hadiah kereta baharu masing-masing.
 

No. Model Pemenang
1. Civic Mohamad Adib Fida’iy bin Mohamad Hanapi
2. HR-V Lim Hong Ngee
3. HR-V Hybrid Nik Siti Nurhidayah Juhan
4. City Yasmoon binti Osman
5. City Hybrid Fong Yee Wern
6. Jazz Ee Shi Lin
7. BR-V Chester Lim
8. CR-V Lim Hock Kuang
9. Accord Muhamad Abdul Hadi bin Junus

 


Menurut CEO dan Pengarah urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "kami berasa amat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, menjadikan jenama Honda sebagai jenama paling dipercayai. 

"Kami juga turut berasa amat gembira dengan pencapaian produksi yang ke-900,000 unit semenjak tahun 2002.

"Kempen ini juga menandakan pertama kalinya Honda Malaysia berkolaborasi dengan jenama-jenama tempatan popular - Astro Radio, Tealive dan unifi dalam usaha memberikan sembilan buah kenderaan kepada pemenang bertuah. 

Sepanjang kempen, Honda Malaysia telah menerima kira-kira 122,000 penyertaan dalam masa dua bulan. 

Pencapaian unit yang ke-900,000 oleh Honda Malaysia telah menambah lakaran sejarah baharu, semenjak unit pertama Honda CR-V keluar dari barisan produksi pada tahun 2003. 

 

 

Sehingga kini, model pemasangan tempatan (CKD) menyumbang kepada 95% jualan manakala selebihnya merupakan model import sepenuhnya (CBU). 

Secara keseluruhannya, Honda City menyumbang jumlah jualan sebanyak 37%, diikuti oleh Civic (15%) dan CR-V (11%). 

Ia turut disusuli dengan penambahan rangkaian pengedar dan Honda Malaysia kini mempunyai sehingga 98 buah pengedar bertauliah di seluruh negara, dan bandar-bandar besar bagi memberikan perkhidmatan yang cemerang kepada pelanggan. 

Kempen "Road to 900,000th Unit Milestone" Grand Finale masih boleh dikunjungi hari ini (29 September) di mana para pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat model Civic facelift yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti seperti Giant Water Slide, Insta-Luminous, Virtual Reality (VR), Sport Hybrid i-DCD X-ray Scanner, Sport Hybrid i-DCD dan VTEC Turbocharged Game Tower, serta pelbagai jenis trak makanan yang disediakan. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mengulas mengenai Edisi Khas ini, Encik Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai…