9 petua memandu ketika ribut

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika anda terpaksa memandu ketika ribut, ada beberapa perubahan yang anda perlu lakukan kerana pemanduan ketika angin kencang mempunyai risiko-risiko tambahan yang tersendiri.

Di bawah kami senaraikan petua-petua penting untuk pemanduan ketika ribut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1. Perlahankan kelajuan
Lebih laju anda memandu, lebih sukar untuk anda mengawal kenderaan ketika angin lintang kencang. Ini semakin nyata bila anda memandu kenderaan yang mempunyai dinding yang tinggi dan rata, seperti Perodua Kenari atau Nissan Serena S-Hybrid.

 

 

2. Pegang stereng dengan kuat
Anda perlu menjangkakan angin akan menolak kenderaan anda ke tepi. Oleh itu, pegang stereng dengan kuat.

3. Beri ruang kepada motosikal dan kenderaan kecil
Kenderaan kecil lebih mudah terhuyung-hayang ketika angin sisi yang kencang. Oleh kerana itu, jarakkan kenderaan anda dari mereka.

4. Bersedia bila menyeberangi jambatan, lembah dan kawasan lapang
Bila anda bakal memasuki kawasan-kawasan di atas, bersedia untuk "ditolak" secara tiba-tiba oleh angin kencang. Lihat kedudukan "wind sock" jika melalui kawasan tersebut di lebuhraya.

 

 

5. Jangan menarik trailer
Ketika musim ribut, ia bukan masa yang sesuai untuk menarik treler superbike anda. Berhenti dan tunggu sehingga ribut reda.

6. Jangan pasang roof-box (songkok)
Anda juga tidak digalakkan memandu kenderaan dengan roof-box jika anda tahu angin kencang kerana ia lebih memudahkan angin lintang untuk "menangkap" anda.

7. Jangan parkir atau lalu berhampiran pokok atau bangunan tinggi
Ini tidak perlu diterangkan kerana pokok boleh tumbang dan bumbung bangunan boleh terbang. 

 

 

8. Buka mata
Sentiasa berwaspada kerana objek terbang boleh jatuh di tengah laluan anda. Contoh yang sudah berlaku ialah papan-papan iklan yang tidak mengikut piwaian lebuhraya dibiarkan dibina oleh majlis-majlis bandar tempatan. Bila terjadi tragedi, semua lepas tangan dan agensi terbabit pun sambung tidur.

9. Paling penting, berdoa
Ramai umat Islam terlupa bahawa doa itu adalah senjata paling mustajab. Berdoalah untuk keselamatan keluarga kita dan pengguna lain.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Tidak dinafikan memang raja segala buah ini memang sedap tetapi bau yang dtinggalkannya mampu…